Malam nih ada jamuan utk petugas SRS. Bawa Danish, Danisa & Haffi gi makan BBQ. Ada jugak disediakan meehoon & nasi dagang. Jamuan ini adalah utk menghargai petugas SRS serta mempromosi SRS supaya lebih ramai warga IM6 menyertai SRS.
Sunday, May 4, 2014
Saturday, May 3, 2014
MELAYU nukilan Usman Awang
'Melayu':
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "
NUKILAN
Usman Awang
Friday, May 2, 2014
Hasif Demam
KELUARGA
Dazril Hasif mula demam sejak semalam. Malam selepas ambik Danish kat tuisyen pukul 10.00pm, kami ke Klinik Asmara Annur berdekatan Megamall. Dia demam dan tonsilnya jugak bengkak. Doktor bagi ubat demam dan anti-biotik. Danial Haffi pulak dah tertidur dalam kereta, masa kat klinik pun dia tidur dalam kereta. Sejak sekolah nih, dia selalu tidur awal. Kalau pukul 9.30pm tu, memang dah tergolek kat atas karpet depan TV.
Tengahari Jumaat balik ke rumah, bawah Danish & Haffi pergi sembahyang Jumaat kat Masjid As-Syakirin IM5. On the way ke tempat kerja naik motor, rantai motor terlucut, nasib baik masa tu tengah nak keluar simpang baru tukar gear 3, belum rempit lagi. Berhenti kat tepi jalan, masukkan balik rantai pada sproket dan bawak slow-slow ke kedai motor IM8. Ketatkan dan minyakkan rantai, charge RM1 jer dan terus ke tempat kerja. Pengajaran: Pastikan keadaan motor sentiasa dalam keadaan terbaik untuk mengelakkan perkara tidak diingini dijalan-raya.
KERJA
Hari nih dapat Appraisal Form dari Boss. Itu pun sebab report balik pada Boss asal, Boss sebelum nih tak beri peluang pun untuk dinilai performance kita. Dah berapa tahun dah, tak pernah tengok appraisal form nih dan tak pernah review. Terima kasih Boss kerana bagi peluang untuk dinilai dalam Appraisal Form. Tak kira dapat rating tinggi atau rendah, yang penting hak pekerja dan keadilan untuk semua pekerja berpeluang menerima appraisal. Sebelum nih rasa kerja macam dibuli dan tak dihargai jer.
SOSIAL DAN MASYARAKAT
Dah 2 minggu tak kayuh basikal, last sekali kayuh masa Maran 40KM pada 13-April. Aktiviti sukan terhenti buat sementara. Malam esok pulak akan diadakan Jamuan SRS untuk meraikan sukarelawan SRS. Jamuan BBQ akan diadakan di kabin SRS IM6 pada Sabtu jam 9.00 malam.
•FH Ramlison•