Tuesday, May 1, 2012

Cuti Hari Buruh / Pekerja

Hari nih cuti sempena hari buruh atau hari pekerja. Tapi nampaknya kena jadi buruh pula pagi tadi.
  1. Gotong royong tebang pokok kat tepi laluan masuk utama ke IM6.
  2. Pekerja & buruh adalah penduduk IM6 sendiri, aktiviti dijalankan secara sukarela bermula jam 8.3 pagi.
  3. Kawasan pokok yg ditebang tu akan diletakkan kabin SRS untuk memudahkan petugas SRS menyimpan barang dan berteduh jika hujan waktu bertugas.
  4. Dah siap kawasan untuk kabin SRS, kumpulan bergerak pula ke surau.
  5. Berehat sebentar sambil makan nasi lemak & teh tarik kat surau sebelum meneruskan gotong royong menebang pokok di perkarangan surau.
  6. Gotong royong berakhir jam 12.00 tengahari.
Selamat Hari Pekerja.

No comments: