Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang bercirikan seni
bina masjid Cina di Beijing. Seni bina masjid ini amat unik kerana
menggabungkan seni bina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang
berusia lebih 1,000 tahun di Beijing,China. Lokasi masjid ini terletak
di tepi lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang sekitar 2 Km dari Pekan
R.Panjang dengan keluasan 3.7 ekar.
Mula dibina pada 12 September, 2005 dan dirasmikan bulan Ogos 2009. Kos
keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid
ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.
F.H.R
Monday, December 3, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment