Sejak beli basikal MTB Lapierre, sikit demi sedikit saya tambah aksesori untuk hobi basikal saya nih. So I think I should make some record on my purchase so far.
1) Glove - Brand biasa jer, beli ikut eBay RM15.
2) Glove Mechanix - beli ikut eBay jugak, untuk dijual. Sila lawati www.facebook.com/HasliziStyle.
3) Arm Warmer/Cover - beli kat eBay, RM5 jer. Tak ada brand, cukup utk fungsi tutup lengan dari sinaran matahari.
4) Botol Air Stainless Steel 750ml - beli kat kedai Ten-Ten jer, RM15. Botol air biasa cuma 500ml dan dari plastik.
5) Chain Cover - beli kat eBay RM10, untuk lindungi frame dari terkena rantai.
6) Computer Odometer - beli kat eBay RM15, untuk rekod kelajuan, jarak kayuhan etc. 10% lebih murah dari standard brand CatEye. Ok ler utk budget kecil.
7) Bicycle Stand - RM48 beli kat kedai basikal Neo Cycle di Beserah, Kuantan. L-shape stand.
8) Helmet - RM80 beli sekali masa beli basikal.
9) Front Lamp - RM25 beli kat pasar malam Tanjung Api.Ada fungsi kelip-kelip, pilihan lighting 300W dan 600W utk night ride.
10) Clamp Rubber - RM1 beli kat eBay, untuk ikat Front Lamp ke handle basikal.
11) Red Blinking Light - 2 set, RM2.90 satu set, beli kat kedai serbaneka. Untuk lampu belakang.
12) Repair Kit - RM80 beli kat eBay, untuk repair basikal terutama jika tayar bocor. Dapat sekali dengan beg, tyre punchure kit, screw/tools, pam tayar.
13) Saddle Bag - hadiah cabutan bertuah semasa Felda Techno Funride, harga RM60 nih.
14) FDJ Short Sleeve & Short Pant - RM140 beli dari Soviltitus Lelong.
15) FDJ Long Sleeve & Long Pant - RM150 juga dari Soviltitus Lelong.
16) Knee Cover - RM12 beli dari eBay, untuk tutup aurat lutut bila pakai short pant.
17) Water Bag Fox - RM90 beli dari Mohd Sofi geng CCC Color Cycling Club Indera Mahkota. Ada water bladder daam beg tu & boleh muatkan peralatan/barang semasa cycling.
18) Credit Card/Money Case Holder - RM6 beli dari eBay. Water proof supaya duit tak basah kalau hujan.
19) Extra Tube - RM15 beli kat kedai basikal ler. Sebenarnya tukar untuk tube bocor. Tube yang bocor tu tampal ler pakai repair kit. Jadi, adalah satu tayar spare.
20) Sunglass - RM90 beli dari eBay. Dah lama beli sebelum beli basikal, asalnya untuk pakai masa bawak kereta. Ada 5 lens yang boleh ditukar.
21) Jam Lapierre - RM80 beli dari eBay. Untuk dijual jugak nih terutama kepada pemilik basikal Lapierre.
22) Beo Type Pump - RM20 beli dari eBay. Masih baru belum pakai, beli untuk dijual sebab dah ada tyre pump sekali dengan repair kit.
23) Clamp Bottle Holder - RM18 beli dari eBay. Boleh clamp pada seat post untuk tambahan botol air. Untuk dijual, tak pernah pakai pun sebab dah beli Water Bag.
24) ..... cadangnya nak beli set tayar Slick 1.5 inch tyre untuk road cycling. Harga tayar RM90 satu, tiub RM15. Mau RM210 untuk 2 biji tayar. Simpan dulu plan nih, kumpul duit RM5 sehari selama 40 hari, dapat ler beli :-)
Perghh ... banyak jugak barangan yang dibeli berkaitan dengan basikal nih.
Kalau ada lagi, saya akan update lagi.
Tuesday, April 30, 2013
Tuesday, April 16, 2013
Order: 2012 FDJ Long Sleeve Jerseys set
Sudah dapat status update dari SovilTitus on my new Jersey. Sehari dua lagi sampai ler kot.
-------------------------------
Hi,
Kindly be informed your item has arrived in Malaysia. Item will be posted next working day. Post laju tracking number: EMxxxxxxxxxMY
You may trace your parcel at http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_poslaju.asp
You may also view picture of your item at www.facebook.com/soviltitus.
Thanks for the business; hope can deal with you again in future. If you like our product, pls rate us in either lelong.com or facebook. Appreciate your help.
Thank you.
Wednesday, April 10, 2013
Lyrics: Impian Anak Jalanan - M.Nasir
Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup
Lampu neon di gedung indah
Hanya pemikat mata yang tergoda
Tapi aku kan tetap berjalan
Menuju tujuanku di sana
Berdendang anak jalanan
Berdendang dengan rentak kehidupan
Ku mohon perlindunganMu yang Esa
Aku dan mereka sama
Punya hati dan punya cita-cita
Kota ini tempat ku belajar erti hidup
Ku tinggalkan kampung halaman
Ku tinggalkan semua yang ku sayang
Demi masa depan yang cemerlang
Semoga ku diberi pedoman
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup
Lampu neon di gedung indah
Hanya pemikat mata yang tergoda
Tapi aku kan tetap berjalan
Menuju tujuanku di sana
Berdendang anak jalanan
Berdendang dengan rentak kehidupan
Ku mohon perlindunganMu yang Esa
Aku dan mereka sama
Punya hati dan punya cita-cita
Kota ini tempat ku belajar erti hidup
Ku tinggalkan kampung halaman
Ku tinggalkan semua yang ku sayang
Demi masa depan yang cemerlang
Semoga ku diberi pedoman
Monday, April 8, 2013
Cycling: Kayuhan Santai IM - Sg Isap - IM
Hari minggu Ahad 07-April buat kayuhan solo keluarkan peluh.
Laluan: Dari Indera Mahkota melalui Jalan Pintasan Kuantan - Pelabuhan
ke arah Bukit Rangin, masuk ke perumahan Bukit Rangin hingga kehadapan
SMK Bukit Rangin, melalui jalan arah ke perumahan Sg Isap, masuk ke
off-road sebelah kiri sebelum court Futsal, laluan off-road hingga
keluar didepan SK Sg Isap Murni (betul ke nama sekolah ni? Tak berapa
ingat sekolah baru nih). Kemudian melalui depan Tunas Manja Sg Isap dan
ikut laluan luar hingga ke Masjid Al-Fatah, masuk ke laluan off-road
balik sepanjang benteng banjir Sg Kuantan sehingga ke Medan Feri. Dari
Medan Feri, masuk ke Jalan Kuantan-Gambang dan masuk ke Jalan Pintasan
Bukit Setongkol. Selepas traffik light Bkt Setongkol Cenderawasih, terus
hingga ke traffik light ke SK Bukit Setongkol, masuk melalui jalan depan
SK Bukit Setongkol dan SMK Cenderawasih. Melalui jalan perumahan di IM2
dan balik semula ke IM6.
Jarak laluan = 24 KM. Masa 1 jam (8.00am~9.00am).
Basikal tak ada masalah, lutut kiri seperti biasa sedikit cramp, mungkin
kesan kecederaan kaki zaman muda dulu semasa hiking naik bukit.
Jarak 4 KM pertama tercungap-cungap, mata berpinar tak cukup oksigen &
stamina. Rehat kejap, buka helmet dan teguk air, naikkan sedikit
kedudukan pelana 2 cm lebih tinggi supaya kedudukan sedikit membongkok
lagi. 20 KM seterusnya, dah tiada masalah, badan dah dapat sesuaikan
diri.
Harap-harap dapat lepasi ujian 30KM Felda Techno - Forbearing Fun Ride
di Balok/Beserah pada Ahad 14-April nanti.
FB: Haslizi Rides With Style.

Monday, April 1, 2013
Cycling: Felda-Forbearing Ride & Kemaman Jamboree
Agak lama tak berapa nak update blog. Cuti sekolah meinggu lepas, hantar
family balik kampung. Dok sorang-sorang, malas pulak nak kayuh basikal
petang-petang. Untuk aktiviti berbasikal bulan nih, dah register untuk 2
event:
1. Felda Techno - Forbearing Cycling Team Ride di Balok, Kuantan,
Pahang. Kayuhan pada 14.April.2013 nanti bermula dari Pantai Balok.
2. Kemaman Jamboree di Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. Kayuhan pada
awal bulan depan 04.May.2013.
2 minggu lepas dah order jersey baru (lengan panjang & seluar panjang).
Ada masalah sikit pada jersey tu, pulangkan balik pada supplier, jadi
nampaknya kena tunggu lagi la. Weekend nanti, nak berlatih sikit sebagai
persediaan untuk kayuhan di Balok nanti.
Facebook: Haslizi Ride With Style

Subscribe to:
Comments (Atom)