Monday, April 8, 2013

Cycling: Kayuhan Santai IM - Sg Isap - IM

Hari minggu Ahad 07-April buat kayuhan solo keluarkan peluh.
Laluan: Dari Indera Mahkota melalui Jalan Pintasan Kuantan - Pelabuhan
ke arah Bukit Rangin, masuk ke perumahan Bukit Rangin hingga kehadapan
SMK Bukit Rangin, melalui jalan arah ke perumahan Sg Isap, masuk ke
off-road sebelah kiri sebelum court Futsal, laluan off-road hingga
keluar didepan SK Sg Isap Murni (betul ke nama sekolah ni? Tak berapa
ingat sekolah baru nih). Kemudian melalui depan Tunas Manja Sg Isap dan
ikut laluan luar hingga ke Masjid Al-Fatah, masuk ke laluan off-road
balik sepanjang benteng banjir Sg Kuantan sehingga ke Medan Feri. Dari
Medan Feri, masuk ke Jalan Kuantan-Gambang dan masuk ke Jalan Pintasan
Bukit Setongkol. Selepas traffik light Bkt Setongkol Cenderawasih, terus
hingga ke traffik light ke SK Bukit Setongkol, masuk melalui jalan depan
SK Bukit Setongkol dan SMK Cenderawasih. Melalui jalan perumahan di IM2
dan balik semula ke IM6.

Jarak laluan = 24 KM. Masa 1 jam (8.00am~9.00am).

Basikal tak ada masalah, lutut kiri seperti biasa sedikit cramp, mungkin
kesan kecederaan kaki zaman muda dulu semasa hiking naik bukit.
Jarak 4 KM pertama tercungap-cungap, mata berpinar tak cukup oksigen &
stamina. Rehat kejap, buka helmet dan teguk air, naikkan sedikit
kedudukan pelana 2 cm lebih tinggi supaya kedudukan sedikit membongkok
lagi. 20 KM seterusnya, dah tiada masalah, badan dah dapat sesuaikan
diri.

Harap-harap dapat lepasi ujian 30KM Felda Techno - Forbearing Fun Ride
di Balok/Beserah pada Ahad 14-April nanti.

FB: Haslizi Rides With Style.

No comments: