Wednesday, November 6, 2013

KRT IM6: Pemilihan AJK sessi 2014-2015

Mesyuarat kali ke-5 AJK KRT Taman Indera Mahkota 6 telah diadakan semalam 05-Nov-2013 di Surau al-Khautar selepas Isyak, jam 8.30pm. Kehadiran tidak ramai, mungkin sebab masih lagi bercuti sempena cuti panjang Deepavali, Maal Hijrah dan cuti peristiwa sempena kejayaan pasukan bola sepak Pahang muncul Juara Piala Malaysia 2013. Pahang mengalahkan Kelantan 1-0 di Stadium Shah Alam. Isshh... cerita pasal bola pulak :-)

Berbalik pada mesyuarat AJK KRT.
Mesyuarat kali ini adalah untuk pemilihan AJK KRT untuk sessi 2014-2015 untuk tempoh 2 tahun. Tempoh AJK sessi 2012-2013 akan tamat pada akhir tahun ini. Mesyuarat juga menilai status kewangan KRT dan aktiviti yang dijalankan sepanjang 2 tahun.

Pemilihan AJK adalah seramai 25 orang. 4 orang AJK lama dikeluarkan kerana telah berpindah dari kawasan perumahan dan 4 orang AJK baru telah dilantik. Jawatan Pengerusi masih kekal disandang Prof Mokhtar, En Sarlan dilantik sebagai Naib Pengerusi baru, Hj Par & En Nordin kekal sebagai Setiausaha & Penolong Setiausaha, saya sendiri (Faizul) dipilih sebagai Bendahari baru menggantikan En Zaki yang telah berpindah ke perumahan Bukit Istana.

Semoga aktiviti KRT akan terus aktif.

FH Ramlison.

No comments: