Tuesday, December 23, 2014
Part 2: HOW DO YOU DEFINE WEALTH
I suggest you do this for yourself right now. How would you complete the
above sentence? When you think about wealth and money, what comes to
mind?
Start thinking about and listing your beliefs about wealth and money.
Don't worry about this being too negative; just get them out in the
open.
Answer the following:
Money is _____________________________
Wealth is _____________________________
FH Ramlison.
Monday, December 22, 2014
2015 NEW YEAR RESOLUTION
Before you answer, think about this question.
Just because you think you "should" answer, yes, does not mean it's what
you really want. Most people want to be financially comfortable and
happy. Rich is an entirely different subject and not for everyone.
You can choose where you want to play the game but, before you jump onto
the "Let's get rich" bandwagon, think about the cost of achieving
massive wealth and ask yourself if this is what you really want.
Whether you want millions or a few hundred or thousand dollars more each
month, you can achieve it.
HOW MUCH MONEY DO YOU WANT?
How much do you want? I want to double my earning from my current
monthly salary. I will not be a rich man, but I will be twice richer
than my current state. This will be my new resolution for 2015.
How you and I can achieve a dream financial status? We have to know our
current status and how we define rich or wealth.
We need to close or bridge the gap between our current state and future
state. We will dicsuss on next article.
FH Ramlison.
Monday, October 13, 2014
In in a factory : Majlis Perpisahan Makcik Hendon
untuk Magnetics line) kena telah mencapai umur persaraan wajib. Satu
majlis jamuan makan diadakan di kantin, menu bihun sup + karapap + teh
tarik. Namun Makcik Hendon tak hadir pada majlis tersebut dan
menyembunyikan diri. Mungkin dia tengah bersedih. Apa-apa pun saya
ucapkan selamat berjaya untuk Makcik dan terima kasih atas kerjasama
yang Makcik berikan selama ini. Selamat Bersara.
*FHR*
Friday, October 10, 2014
My Life: Danisa cirit birit dan demam
dari sekolah, wife bawak ke klinik. Hari nih tak ke sekolah sebab badan
masih lagi demam. Wife pun tak ke sekolah, ambik cuti sebab Danisa
demam.
Danish dah habis exam UPSR. Hari nih masih lagi ke sekolah sebab cikgu
suruh sesiapa yang dah khtam al-Quran datang ke sekolah. Mungkin ada
majlis khatam al-Quran kat sekolah kot.
*FHR*
Thursday, October 9, 2014
UPSR Math : Re-sit
menghadapi peperiksaan untuk anak Abah, Danish Haiqal. You're the best
and you can do it well.
*FHR*
Selamat Hari Raya Aidil Adha 2014
nih tak buat korban, lambat sangat cari bahagian untuk lembu korban.
Insya-Allah tahun depan, panjang umur boleh korban. Harga satu bahagian
sekarang dalam RM500~RM550. Kalau hari nih start simpan RM1.50 sehari
atau RM45 sebulan, Insya-Allah cukup ler untuk korban tahun depan.
Adik-beradik lain tak balik beraya untuk Raya Haji nih. Kalau balik
kampung sendiri, agak-agak Ma masak tak pada pagi raya nih? Raya
Aidil-Fitri lepas, walaupun 4 dari 5 adik-beradik dah balik beraya pada
malam raya, Ma kata tak ada orang balik sebab seorang anak kesayangan Ma
tak balik. Jadi Ma masak sikit jer. Kesian kat anak-anak kalau tak ada
makanan. Orang dewasa tak apa ler, boleh gi beraya dan makan kat rumah
orang.
Kalau balik tu, balik la. Kalau tak balik tu, Ma maafkan lah anak mu
ini.
*Faizul Ramlison*
Friday, October 3, 2014
My Family: Danish ke USS (Universal Studio Singapore)
PEPERIKSAAN UPSR
Pada Selasa 30-Oct-2014, peperiksaan ulangan UPSR untuk kertas Sains dan English diadakan kerana soalan bocor. Exam start pukul 8.00 pagi dan tamat pada 1.30 tengahari. Haffi bercuti hari nih sebab kelas digunakan untuk peperiksaan. Semua pelajar darjah satu cuti. Abah pun cuti jugak hari nih. Alhandulillah, Danish dapat jawab dengan baik untuk UPSR.
LAWATAN SEKOLAH KE SINGAPORE & JOHOR
Selepas peperiksaan, pelajar darjah 6 yang mengikuti rombongan sekolah ke Singapore/Johor berkumpul dilobi sekolah. Bas dijangka bertolak pada pukul 2.30 petang. Selpas ambik Danish kat sekolah, balik mandi & makan (Abah dah masakkan sup ayam utk lunch), terus bersiap ke sekolah balik. Mama pun balik sekejap untuk hantar Danish ke sekolah utk mengikuti rombongan sekolah.
Sampai kat sekolah, tunggu punya tunggu, dekat pukul 3.30 petang baru bas bertolak, sejam tunggu. Bas menggunakan bas persiaran dan nampak agak selesa. Lepas hantar Danish, pergi ambik adik Hasif kat rumah pengasuh dan hantar Mama balik ke sekolah untuk clock-out.
Untuk belanja Danish semasa rombongan, Abah dah tukarkan duit SGD90 dan mama tukarkan SGD60, semua SGD150 untuk belanja Danish kat Singapore. Duit poket Danish dah ada RM40, jadi Abah tambah RM50 lagi.
Rombongan selama 3 hari 2 malam, 1 hari di Singapore dan 1 hari di Johor. Khamis 02-Oct-2014, pukul 11.00 malam, bas rombongan selamat balik ke sekolah. Alhamdulillah, selemat perjalanan anak Abah mengikuti rombongan sekolah.
*FHR*
Wednesday, September 10, 2014
Wedding Anniversary & Birthday
Alhamdulillah. 07-Sep-2014 genap 13 tahun perkahwinan kami & juga genap umur 43 tahun.
Wife beli kek untuk hadiah. Terima kasih sayang.
Untuk diri sendiri, beli hadiah wallet baru, leather Polo brand wallet. Fuhh... bunyi macam benda mahal jer.
Haaa... tapi sebenarnya beli yang murah cheapie-cheapie jer, bukan original Polo pun, made from the land of Thai.
Anyway, I’m getting older ...
Tuesday, June 24, 2014
Life in a factory : Hanafi Farewell Lunch
is my good friend, hardworking and always supports other people in terms
of his job responsibility. We will miss you brader. So today we have a
Farewell Lunch for him, nasi briyani ayam berempah !
Farewell to you my friend.
-=FH Ramlison=-
Sunday, May 4, 2014
Jamuan Petugas SRS
Malam nih ada jamuan utk petugas SRS. Bawa Danish, Danisa & Haffi gi makan BBQ. Ada jugak disediakan meehoon & nasi dagang. Jamuan ini adalah utk menghargai petugas SRS serta mempromosi SRS supaya lebih ramai warga IM6 menyertai SRS.
Saturday, May 3, 2014
MELAYU nukilan Usman Awang
'Melayu':
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "
NUKILAN
Usman Awang
Friday, May 2, 2014
Hasif Demam
KELUARGA
Dazril Hasif mula demam sejak semalam. Malam selepas ambik Danish kat tuisyen pukul 10.00pm, kami ke Klinik Asmara Annur berdekatan Megamall. Dia demam dan tonsilnya jugak bengkak. Doktor bagi ubat demam dan anti-biotik. Danial Haffi pulak dah tertidur dalam kereta, masa kat klinik pun dia tidur dalam kereta. Sejak sekolah nih, dia selalu tidur awal. Kalau pukul 9.30pm tu, memang dah tergolek kat atas karpet depan TV.
Tengahari Jumaat balik ke rumah, bawah Danish & Haffi pergi sembahyang Jumaat kat Masjid As-Syakirin IM5. On the way ke tempat kerja naik motor, rantai motor terlucut, nasib baik masa tu tengah nak keluar simpang baru tukar gear 3, belum rempit lagi. Berhenti kat tepi jalan, masukkan balik rantai pada sproket dan bawak slow-slow ke kedai motor IM8. Ketatkan dan minyakkan rantai, charge RM1 jer dan terus ke tempat kerja. Pengajaran: Pastikan keadaan motor sentiasa dalam keadaan terbaik untuk mengelakkan perkara tidak diingini dijalan-raya.
KERJA
Hari nih dapat Appraisal Form dari Boss. Itu pun sebab report balik pada Boss asal, Boss sebelum nih tak beri peluang pun untuk dinilai performance kita. Dah berapa tahun dah, tak pernah tengok appraisal form nih dan tak pernah review. Terima kasih Boss kerana bagi peluang untuk dinilai dalam Appraisal Form. Tak kira dapat rating tinggi atau rendah, yang penting hak pekerja dan keadilan untuk semua pekerja berpeluang menerima appraisal. Sebelum nih rasa kerja macam dibuli dan tak dihargai jer.
SOSIAL DAN MASYARAKAT
Dah 2 minggu tak kayuh basikal, last sekali kayuh masa Maran 40KM pada 13-April. Aktiviti sukan terhenti buat sementara. Malam esok pulak akan diadakan Jamuan SRS untuk meraikan sukarelawan SRS. Jamuan BBQ akan diadakan di kabin SRS IM6 pada Sabtu jam 9.00 malam.
•FH Ramlison•
Monday, April 21, 2014
Baby Hasif dan kolam
renang. Sebenarnya Abang Haffi yang beria-ria nak mandi kolam. Kali
pertama Abah rendam Hasif dalam kolam, dia diam jer, rasa pelik kot
sebab terendam dalam air. Abang Danish, kakak Danisa & abang Haffi pakat
kerumun adik. Sekejap jer, Hasif mula suka, start tendang-tendang kaki
dalam air. Hasif main air kejap jer, takut dia demam dan selsema pulak
terpecik air kat muka & hidung.
Bila naik kat atas, minum susu dan terus tidur atas riba Mama. Abah,
Danish, Danisa dan Haffi sambung main air ler.....
Kolam tutup pukul 7.00pm, tapi pukul 6.40pm kita dah stop, mandi dan
tukar baju. Lepas nih nak gi makan pulak sebab pukul 8.00pm, Danish ada
tuisyen UPSR kat Indera Pintar.
Lepas nih projek photography Abah utk print dan masukkan gambar-gambar
family dalam album baru. Dah lama dah tak print gambar.
Wednesday, January 29, 2014
Happy Chinese New Year
May you discover strength and faith as you gear up for new challenges.
Wishing you a truly fulfilling 2014 Year of the Horse and many more
years to come! To those of you who are not celebrating, Happy Holidays!
Wishing all Have a Heng ah! Ong ah! Huat ah! Chinese New Year !
-=Faizul Ramlison=-
Tuesday, January 21, 2014
Life in a factory : EHS Committee Members
Terima email hari ni dari SHO (Safety & Health Officer), dicalonkan sebagai members of EHSC (Environment, Health and Safety Committee) untuk penggal 2 tahun 2014~2015. Pencalonan ni diterima dengan hati yang agak berbelah bahagi, sebab:
1. Dari segi tugas rasmi, tugasan ini adalah tugas tambahan, tak tahu ler kalau diambik kira untuk annual appraisal. Tapi pengalaman sebagai Internal Auditor untuk 4 ISO system selama nih, Boss tak ambik kira pun walaupun tugas tu penting jugak untuk syarikat.
2. Dari segi peribadi, ianya adalah penghargaan atas usaha saya selama ini menyumbang untuk keselamatan syarikat walaupun kecil. Boss mungkin tak nampak, tapi saya agak SHO nampak sumbangan yang saya berikan. Saya adalah Team Leader untuk Hiradc Team dan untuk Safety SOP, kebanyakkan SOP disediakan oleh saya dan format SOP juga dimulakan oleh saya.
Difahamkan pencalonan ini dibuat oleh SHO sendiri, kalau sebelum nih pencalonan adalah dari management sahaja (so pemilihan mungkin agak cenderung pada pekerja pilihan boss).
So ... tengok la dulu untuk seminggu nih, sama ada saya akan terima atau mencalonkan orang lain yang lebih layak (layak dari segi calon yg mendapat appraisal yg lebih baik dari boss berbanding saya).
Dapat appraisal baik, buat kerja lebih la sikit. Kalau appraisal tahap lekeh, tak perlu ler bagi tugasan lebih-lebih nih :-)
Anyway, thanks to my SHO on the nomination.
----------------
Congratulations, you all have been chosen by the Management and Dept. Managers to be a members of Environment, Health and Safety Committee (EHSC) for the factory for year 2014 (Jan) until year 2015 (Dec). The main task of the committee will be planning, coordinating and maintain various programs and activities throughout the year for an effective and efficient EHS programs. The committee will function as a team that consist of members from Employers (Management) and Employees.
Hope all committee members will work as a team to ensure the success of all EHS programs for the year. An Official appointment letter will be issued to all members, please read through and sign as acceptance of membership and pass a copy to me for filling.
-=FH Ramlison=-
Tuesday, January 7, 2014
Selamat Tahun Baru 2014
Selamat Tahun Baru 2014.
Thin positive and hope this new year will bring us positive result.
FH Ramli.