PEPERIKSAAN UPSR
Pada Selasa 30-Oct-2014, peperiksaan ulangan UPSR untuk kertas Sains dan English diadakan kerana soalan bocor. Exam start pukul 8.00 pagi dan tamat pada 1.30 tengahari. Haffi bercuti hari nih sebab kelas digunakan untuk peperiksaan. Semua pelajar darjah satu cuti. Abah pun cuti jugak hari nih. Alhandulillah, Danish dapat jawab dengan baik untuk UPSR.
LAWATAN SEKOLAH KE SINGAPORE & JOHOR
Selepas peperiksaan, pelajar darjah 6 yang mengikuti rombongan sekolah ke Singapore/Johor berkumpul dilobi sekolah. Bas dijangka bertolak pada pukul 2.30 petang. Selpas ambik Danish kat sekolah, balik mandi & makan (Abah dah masakkan sup ayam utk lunch), terus bersiap ke sekolah balik. Mama pun balik sekejap untuk hantar Danish ke sekolah utk mengikuti rombongan sekolah.
Sampai kat sekolah, tunggu punya tunggu, dekat pukul 3.30 petang baru bas bertolak, sejam tunggu. Bas menggunakan bas persiaran dan nampak agak selesa. Lepas hantar Danish, pergi ambik adik Hasif kat rumah pengasuh dan hantar Mama balik ke sekolah untuk clock-out.
Untuk belanja Danish semasa rombongan, Abah dah tukarkan duit SGD90 dan mama tukarkan SGD60, semua SGD150 untuk belanja Danish kat Singapore. Duit poket Danish dah ada RM40, jadi Abah tambah RM50 lagi.
Rombongan selama 3 hari 2 malam, 1 hari di Singapore dan 1 hari di Johor. Khamis 02-Oct-2014, pukul 11.00 malam, bas rombongan selamat balik ke sekolah. Alhamdulillah, selemat perjalanan anak Abah mengikuti rombongan sekolah.
*FHR*
No comments:
Post a Comment