Monday, October 13, 2014

In in a factory : Majlis Perpisahan Makcik Hendon

Hari nih hari terakhir bekerja untuk Makcik Hendon (Material Handler
untuk Magnetics line) kena telah mencapai umur persaraan wajib. Satu
majlis jamuan makan diadakan di kantin, menu bihun sup + karapap + teh
tarik. Namun Makcik Hendon tak hadir pada majlis tersebut dan
menyembunyikan diri. Mungkin dia tengah bersedih. Apa-apa pun saya
ucapkan selamat berjaya untuk Makcik dan terima kasih atas kerjasama
yang Makcik berikan selama ini. Selamat Bersara.

*FHR*

Friday, October 10, 2014

My Life: Danisa cirit birit dan demam

Danisa cirit birit, sakit perut dan demam sejak disekolah semalam. Balik
dari sekolah, wife bawak ke klinik. Hari nih tak ke sekolah sebab badan
masih lagi demam. Wife pun tak ke sekolah, ambik cuti sebab Danisa
demam.
Danish dah habis exam UPSR. Hari nih masih lagi ke sekolah sebab cikgu
suruh sesiapa yang dah khtam al-Quran datang ke sekolah. Mungkin ada
majlis khatam al-Quran kat sekolah kot.

*FHR*

Thursday, October 9, 2014

UPSR Math : Re-sit

Hari nih peperiksaan ulangan UPSR Matematik kerana soalan bocor. Selamat
menghadapi peperiksaan untuk anak Abah, Danish Haiqal. You're the best
and you can do it well.
*FHR*

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2014

Selamat Hari Raya Aidil-Adha untuk semua muslimin dan muslimat. Tahun
nih tak buat korban, lambat sangat cari bahagian untuk lembu korban.
Insya-Allah tahun depan, panjang umur boleh korban. Harga satu bahagian
sekarang dalam RM500~RM550. Kalau hari nih start simpan RM1.50 sehari
atau RM45 sebulan, Insya-Allah cukup ler untuk korban tahun depan.

Adik-beradik lain tak balik beraya untuk Raya Haji nih. Kalau balik
kampung sendiri, agak-agak Ma masak tak pada pagi raya nih? Raya
Aidil-Fitri lepas, walaupun 4 dari 5 adik-beradik dah balik beraya pada
malam raya, Ma kata tak ada orang balik sebab seorang anak kesayangan Ma
tak balik. Jadi Ma masak sikit jer. Kesian kat anak-anak kalau tak ada
makanan. Orang dewasa tak apa ler, boleh gi beraya dan makan kat rumah
orang.

Kalau balik tu, balik la. Kalau tak balik tu, Ma maafkan lah anak mu
ini.

*Faizul Ramlison*

Friday, October 3, 2014

My Family: Danish ke USS (Universal Studio Singapore)

PEPERIKSAAN UPSR

Pada Selasa 30-Oct-2014, peperiksaan ulangan UPSR untuk kertas Sains dan English diadakan kerana soalan bocor. Exam start pukul 8.00 pagi dan tamat pada 1.30 tengahari. Haffi bercuti hari nih sebab kelas digunakan untuk peperiksaan. Semua pelajar darjah satu cuti. Abah pun cuti jugak hari nih. Alhandulillah, Danish dapat jawab dengan baik untuk UPSR.

 

LAWATAN SEKOLAH KE SINGAPORE & JOHOR

Selepas peperiksaan, pelajar darjah 6 yang mengikuti rombongan sekolah ke Singapore/Johor berkumpul dilobi sekolah. Bas dijangka bertolak pada pukul 2.30 petang. Selpas ambik Danish kat sekolah, balik mandi & makan (Abah dah masakkan sup ayam utk lunch), terus bersiap ke sekolah balik. Mama pun balik sekejap untuk hantar Danish ke sekolah utk mengikuti rombongan sekolah.

 

Sampai kat sekolah, tunggu punya tunggu, dekat pukul 3.30 petang baru bas bertolak, sejam tunggu. Bas menggunakan bas persiaran dan nampak agak selesa. Lepas hantar Danish, pergi ambik adik Hasif kat rumah pengasuh dan hantar Mama balik ke sekolah untuk clock-out.

 

Untuk belanja Danish semasa rombongan, Abah dah tukarkan duit SGD90 dan mama tukarkan SGD60, semua SGD150 untuk belanja Danish kat Singapore. Duit poket Danish dah ada RM40, jadi Abah tambah RM50 lagi.

 

Rombongan selama 3 hari 2 malam, 1 hari di Singapore dan 1 hari di Johor. Khamis 02-Oct-2014, pukul 11.00 malam, bas rombongan selamat balik ke sekolah. Alhamdulillah, selemat perjalanan anak Abah mengikuti rombongan sekolah.

 

*FHR*