Bila dah ada MTB nih, nak kena ada aksesori ler pulak.
(1) HELMET. Perkara paling penting untuk keselamatan, wajib pakai kalau nak kayuh, kecuali kalau pusing keliling rumah jer. Dapat percuma masa beli basikal.
(2) BOTTLE HOLDER. Bodek tuan kedai, dapat percuma, ambik warna putih kasi matching dengan warna frame.
(3) HAND GLOVE. Untuk keselesaan tapak tangan & grip hendal basikal dengan baik. Kalau nak ikut aktiviti berbasikal anjuran mana-mana pihak, memang wajib pakai glove nih.
(4) SELUAR. Sekarang nih nak cari seluar pulak. Seluar khas nih memang perlu, kalau tak memang pedih bontot kalau dok kayuh berkilometer. Seluar untuk berbasikal nih ada padded/sponge untuk alas tambahan pada punggung kita, baru selesa nak berkayuh.
(5) BAJU. Tak penting sangat, kalau ada cari jenis Coolmax, boleh kawal suhu badan supaya tidak panas atau sejuk. Setakat kayuhan santai, baju biasa Nike Dry-Fit pun OK dah.
(6) CERMIN MATA. Untuk saya yg bercermin mata nih, perlu ler jugak ada cermin mata khas untuk bersukan. Kalau tak asyik kena betulkan kedudukan cermina mata masa mengayuh. Silap-silap cermin mata pecah atau patah kalau-kalau terjatuh. Cermin mata dah sedia ada, brand Oakley dengan special attachment untuk powered glasses.
Kat bawah nih detail spec basikal Lapierre Raid nih. Wheel sepatutnya jenis MACH 1 Subzero, tapi kat Malaysia nih, dia guna wheel Alexrim buatan Taiwan.
Model : Lapierre Raid 400 2012 (www.lapierrebikes.com)
Frame : Alloy 6061
Fork : SR SUNTOUR SF11 XCR RL 26" 100mm + Remote Lock out
Headset : PT-1805H 1"1/8 Black RAID
Bottom Bracket : CH 51/68/113
Crankset : SHIMANO FCM430
Stem : LAPIERRE RAID 31.8mm SB Black
Seatpost : LAPIERRE RAID 31.6x350mm SB Black
Handlesbars : LAPIERRE RAID RB11 31.8 25x680mm SB Black
Front derailleur : SHIMANO Alivio
Rear derailleur : SHIMANO Deore Shadow 9 speeds
Brakes : SHIMANO Hydro M445 / DISC SHIMANO 160mm
Shifters : SHIMANO Deore
Saddle : LAPIERRE RAID White
Wheel : Alexrims Double Walls
Sprocket : SHIMANO 9 speeds
Tires : SCHWALBE Black Jack PP 26x2.1
Weight : 13.2 Kg.
Size : S (39mm)
F*H*R
No comments:
Post a Comment