Wednesday, October 31, 2012

General: Tukar Remote Control Astro Beyond

Tadi pergi Astro Office, Kuantan branch kat Jalan Air Putih (sebelah
Balai Polis Air Putih).
Remote Control Astro Beyond rosak, tak menyala pun, semua butang tak
berfungsi. Dekoder tak ada masalah, dah test pinjam pakai remote control
jiran, dekoder berfungsi macam biasa. Memang confirm, remote control ada
masalah.

Remote Control Astro Beyond nih lain dari remote control Astro biasa.
Kalau beli remote control 3rd party untuk Astro biasa yang dijual kat
kedai/pasaraya biasa, memang tak boleh pakai. Jangan beli, bazirkan duit
jer.

Bawak jer Remote Control Astro Beyond yang rosak tu ke cawangan pejabat
Astro. Astro akan gantikan dengan Remote Control baru beserta bateri
baru secara PERCUMA, yesss .... secara PERCUMA sahaja. Jadi kalau remote
tu rosak, tukar jer dengan yang baru secara percuma di cawangan Astro
terdekat dengan tempat anda.

F*H*R

1 comment:

Unknown said...

Sampai bile-bile ke bole tukar? X de due date kan!