Thursday, March 7, 2013

Cycling: World Kidney Day Fun Ride 28.April.2013








Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd akan menganjurkan "World Kidney
Day Run & Carnival 2013". Larian Hari Buah Pinggang seDunia & Karnival
2013 pada 28 April 2013 di Dataran Putrajaya, Precint 3, Putrajaya.

Bagi pengayuh rekreasi, penganjur Twenty First Century Sports (M) Sdn
Bhd, mereka turut menyediakan kategori berbasikal dalam sambutan "World
Kidney Day Run & Carnival 2013". Untuk itu pengayuh basikal berpeluang
menyertai 'Fun Ride' dengan jarak kayuhan 22km. Semua pengayuh
dialu-alukan untuk memeriahkan "World Kidney Day Run & Carnival 2013"
dengan menyertai 'World Kidney Day Fun Ride'.

Setiap dan setiap peserta akan mendapat t-shirt Brooks (berharga
RM49.90), cenderahati, sijil penyertaan dan berpeluang menyertai cabutan
bertuah.

Maklumat aturcara adalah seperti berikut:

Tarikh: 28 April 2013
Mula Masa: 6.00 pagi dan seterusnya
Flag off time: 7.50 pagi
Tempat: Dataran Putrajaya, Precint 3, Putrajaya
Yuran Penyertaan: RM35 (+RM5 online fee)
Pendaftaran: www.hooha.asia
Pendaftaran akhir: 5.00 petang, 5 April 2013 atau apabila mencapai 5000
peserta
Pertanyaan: enquiry@hooha.asia / 03-5637 3821

Penyertaan terbahagi kepada 2 kategori:
(1) Perlumbaan: Larian sejauh 12KM mengikut kategori umur, terhad 4000
peserta.
(2) Bukan Perlumbaan: Larian Santai (Fun Run) 5 KM, terhad 500 peserta.
(3) Bukan Perlumbaan: Kayuhan Basikal (Fun Ride) 22KM, terhad 500
peserta.

Untuk kayuhan basikal,
bayaran pendaftaran ialah RM35 (+RM5 bayaran pendaftaran online). Tiada
medal disediakan, tapi sijil penyertaan diberikan.

Pengambilan kit perlumbaan ialah pada 20th dan 21st April 2013 di
Tingkat 2, Wisma OCM, jam 10am~6.00pm.
Sekiranya mahu kit dipos ke alamat rumah, bayaran RM10 dikenakan untuk
bayaran pos.

FHR

No comments: