Friday, March 8, 2013

Life in a factory: Skip my lunch

Hari nih hari Jumaat. Tengahari kena pergi sembahyang Jumaat. Masa rehat
untuk makan ialah pukul 12.30pm. Boss antara yang awal sampai ke kantin,
pukul 12.30pm dah siap menghadap makanan. Best, sedap dapat makan. Aku
pula masih ke hulu, ke hilir dibahagian production, memberi arahan pada
leaders dan menyediakan apa yang Boss-boss kehendaki kerana 'urgent
task'. Pukul 1.05pm baru keluar dari production floor, terus ke masjid
dengan perut yang berkeroncong kelaparan.

Balik dari solat Jumaat, singgah kat kedai Yang-Yang, beli jajan & roti
70 sen untuk mengalas perut yang lapar. Tak mengenyangkan, tak cukup pun
untuk mengalas sikit perut yang kosong. Beli pula air 100 Plus sebotol
untuk menggantikan tenaga yang hilang, supaya aku terus berada ditahap
prestasi yang maksimum.

Pesanan ku, kerja sebagai jurutera di kilang aku nih bukannya best,
hampeh. Disuruh bekerja sebagai satu pasukan, tapi bila buat kerja,
masing-masing nak lepaskan diri sendiri.

FHR.

No comments: