Monday, July 30, 2012

Majlis Tahlil untuk arwah Bapa Mertua Ab Ghani Abbas

Majlis Tahlil untuk arwah bapa mertua Ab Ghani @ Ya bin Abbas diadakan di rumah adik ipar di Bandar Tasik Selatan, KL pada Sabtu 28-Jul-2012. Majlis tahlil dimulakan sebelum berbuka puasa dan tamat dengan majlis berbuka puasa. Nasi kerabu menjadi hidangan untuk majlis berbuka puasa. Semoga arwah dimasukkan bersama-sama golongan mereka yang beriman dan para salihin. Al-fatihah.

Kami bertolak ke KL untuk majlis tahlil pukul 11.00 pagi selepas Danish habis kelas Smart Readers dari pukul 8.30~10.30 pagi. Haffi pula dah mula nak demam, so stand-by ubat demam dalam perjalanan. Sampai kat R&R, berenti kejap bagi Haffi makan ubat & beli mainan untuk dia main dalam kereta. Selepas exit Lebuhraya Pantai Timur, masuk ke Karak sekejap untuk check tayar belakang yang nampak sedikit kekurangan angin berbanding tayar lain. Rupanya ada paku sepanjang 1 inci tertusuk kat tayar belakang sebelah kiri. Cabut paku, tampal balik lubang kecil kat tayar tu (caj RM5) & teruskan perjalanan ke KL. Sampai kat KL lebih kurang jam 2.30pm.
♥FHR♥

No comments: