Saya salah seorang eBayer, macam-macam barang dah saya beli kat portal eBay termasuk barang dari US, Poland, China, Hong Kong & dari Malaysia. Kebanyakkan barang yang dibeli adalah dari China sebab harga murah. Bila harga murah, tak semestinya tak berkualiti, tapi berbaloi ler dengan harga yang dibeli.
Harga murah bermakna modal untuk beli barang tak besar. Modal RM10 pun dah dapat jana keuntungan 100%. Beli barang RM10, jual RM20, dah dapat untung RM10. Jangan cerita ribu-ribu dan jadi jutawan internet ler kalau untung RM1 pun tak dapat, tapi bercerita macam bagus jer. Bagi saya, buat bisnes internet nih bukan untuk jadi kaya-raya sekelip mata. Bak kata Chef Li, biar kecil asal berhasil.
Hari nih saya dapat untung 230% dari hasil jualan barangan yang saya beli dari internet. Fuhh ... bunyi banyak untungnya tu, tapi sebenarnya cuma untung RM14 jer. Saya beli cable USB untuk camera Nikon dengan harga RM6 dari China (shipping cost percuma pulak tu) dan jual balik kat sini dengan harga RM20. Company pernah dapatkan quotation untuk USB Cable nih, supplier tak dapat nak supply sebab katanya tak ada orang jual cable sahaja, kalau nak, kena beli camera sekali. Ada ke macam tu? Jadi saya cari kat eBay, bidding harga yang murah dan jual balik kat company dengan mark-up harga. Tu yang dapat untung 230% tu.
USB harga RM6? Berkualiti ke? Kualiti apa pulak, asal boleh download gambar dari camera ke komputer tu kira dah capai kualiti yang dikehendaki. Jadi kualiti ni bergantung pada jenis barang. Ada barang yang kualitinya perlu diambil-kira dan ada barangyang kualitinya adalah hampir sama dan tiada perbezaan ketara.
OK la, setakat nih je dulu pasal business internet nih. Nak tengok apa lagi yang saya jual, boleh lawat website kedai saya faizul.lot.my
♥FHR♥
Friday, July 20, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment