Semalam ada PIKOM 2012 kat Berjaya Megamall Kuantan. Kedai yang participate macam biasa, kedai-kedai IT yang dah establish kat Kuantan nih. Yang berbeza cuma harga sesetengah barang tu murah ler RM1-~RM20 tapi yang paling ketara ialah dapat lebih free-gift berbanding waktu biasa.
PIKOM kali nih target untuk beli printer baru. Memang dah target nak beli Canon E500 All-inOne Printer sebab dah tengok banyak iklan-iklan dia kat banner-banner yang tergantung sekitar Kuantan nih, terutama di sepanjang jambatan ke Tanjung Lumpur. Canon war-warkan printer tu sebagai 'Ink Efficient' printer, jimat penggunaan ink catridge dengan satu catridge mampu mencetak 800 mukasurat hitam putih. Tu dah cukup banyak tu untuk penggunaan di rumah.
Harga? RM249 dan dapat Thumbdrive 8GB serta payung golf Angry Bird secara percuma. 1 set ink (hitam dan color) disertakan sekali didalam kotak printer. Kalau harga biasa, RM269 dan dapat payung sahaja. So kira jimat ler sikit beli masa Pikom nih. Ada printer nih senang ler sikit, untuk print dan photostat. Tak perlu nak photostat kat kedai kalau perlukan salinan dokumen. Nak print gambar sekeping dua atau nak print gambar passport pun senang. Untuk print gambar, boleh guna kertas gambar glossy (Kodak Photo Glossy Paper). 1 pack Kodak Photo Glossy Paper cuma RM8 untuk 30 keping saiz 4R (4" x 6"), lebih kurang 30 sen sekeping. Kat belakang kertas gambar tu tertulis Kodak Royal Gold Paper, macam cetak gambar betul kat kedai gambar.
Printer nih mempunyai warranty 1+2 years. 1 tahun warranty tu memang dah sah, dan bila kita register kat online dapat lagi extend 2 tahun warranty. Dan sebab warranty nih, saya tak modified printer nih pakai CISS ink system.
♥FHR♥
Monday, July 9, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment