Tuesday, February 5, 2013

Cycling: Bicycle L-Stand (Parking Stand)

Semalam lepas pergi pasar malam kat Beserah, sempat pusing masuk ke lorong arah ke Pantai Pelindung Beserah. Singgah beli bicycle L-stand kat Neo Cycle Enterprise di Kampung Bugis, Beserah. Kedai Neo Cycle nih depan sikit selepas sekolah rendah (tak ingat pulak nama sekolah tu).

Website Neo Cycle Enterprise boleh didapati kat http://neocycle.wordpress.com/. Kat Mudah.my pun ada online store. Boleh jugak call tokey Syed: 019-922 2073 atau 019-927 6875. Macam-macam ada kat kedai tu.

Saya beli L-Stand atau juga dipanggil bicycle parking stand, untuk park basikal MTB saya kat rumah tu. Sebelum nih, basikal tu disandar kat tepi dinding jer. Lepas nih cadang nak beli tempat gantung basikal pulak. Boleh gantung basikal kat dinding dan jimatkan ruang. Tak beli lagi sebab tak dapat nak drill lagi dinding tu.


L-shape Stand, Frame aluminium, ringan jer.

Selepas nih cadang nak beli slick tyre pulak, jenis Maxxis Detonator 26x1.50 untuk pasang kat Lapierre Raid saya untuk laluan on-road. Tunggu akhir bulan la beli, sekarang nih asyik hujan jer kat Kuantan, tak berpeluang nak kayuh lagi. Ada 2 jenis tayar, boleh la tukar-tukar ikut kegunaan. Lagi murah sediakan 2 tayar dari sediakan 2 basikal untuk off-road dan on-road. Kalau program kayuhan santai dalam bandar, tukar tayar 26x1.50 slick tyre. Kalau program off-road, tukar balik pakai tayar MTB 26x2.10
Ada pilihan warna tayar, nampak mengancam.
Basikal saya warna putih, pilih warna putih jugak la.


FHR.

1 comment:

Ajai Loco Brown said...

Berapa harga tayar on the road ni bang?
Sepasang depan belakang? Jenis apa? Ringan x?