Those who join the FEARLESS MTB JAMBOREE, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak.
Below is announcement/feedback from the event organizer on the event.
Congratulation on great job done and effort by the event organizer.
----- start of message ------
Assalammualaikum......Greeting.....
Kami disini dengan beraninya mengatakan yang event kami semalam telah
"DISABOTAJ" oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang mana
penanda arah laluan / sinage kami di kawasan kampung dan dijalan-jalan
yang terlibat telah dialih / diputuskan / dicabut oleh mereka-mereka
yang tidak bertanggungjawab......ada juga setengah-setengah rider yang
sempat saya temui mengakui yang mereka perasan sisa "pita caution" yang
diikat panjang oleh pihak kami pada mulanya di tiang-tiang / di
pokok-pokok / di dahan-dahan telah ditarik / diputuskan sehingga tinggal
pendek dan menyukarkan untuk dilihat / dikenalpasti sebagai laluan yang
betul....... kalau yang tinggi pun ditarik sehingga putus / tinggal
pendek ......apatah lagi mungkin yang tinggal jika penanda arah yang
kami pacakkan diatas tanah disepanjang jalan ....sehinggakan marshall
bermotor kami mengalami kesukaran didalam menentukan arah dipersimpangan
dengan rider-rider PRO yang laju berada beberapa saat sahaja dibelakang
marshall bermotor apabila mendekati simpang yang sepatutnya telahpun
mempunyai penanda arah yang dipasangkan dari hari jumaat petang
sehinggalah yang terakhir digantikan kembali petang sabtu (sehari)
sebelum hari event keesokkannya (adalah memang mustahil jika tiada
sebarang penanda arah kiri atau kanan yang pihak dipasangkan apabila
berada di setiap persimpangan jalan walaupun dijalan yang lurus
melainkan ianya telah ditanggalkan atau dicabut oleh mereka -mereka yang
tidak bertanggung jawab)....janji kerjasama dengan pihak polis untuk
menghantar polis trafik mengawasi persimpangan-persimpangan jalan besar
yang bakal dilalui tidak dapat ditunaikan pihak berkenaan dan hanya akan
diambil alih oleh polis bantuan yang mungkin mempunyai atau tidak
langsung mempunyai bidang kuasa didalam menjaga aliran trafik dan sebuah
kereta peronda polis yang terpaksa mengawasi enam persimpangan jalan
yang kritikal....dan kami hanya mendapat tahu mengenainya pada malam
sebelum hari event ini berlangsung esoknya......namun kami masih lagi
meneruskan event ini dan berTerima Kasih diatas bantuan yang diberikan
oleh pasukan RELA dan JPAM Meru, Ipoh didalam menjalankan tugas
mengawasi pergerakkan aliran trafik setakat yang mereka mampu seperti
yang dibincangkan dengan pihak kami untuk memastikan yang segalanya
berjalan dengan lancar.......pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat....team
4x4 Triton Ipoh..yang turut sama memberikan bantuan kepada kami dalam
usaha kami sedaya upaya menjayakan event jamboree ini....setelah
berbagai dugaan dan cabaran pada saat-saat akhir....
Bagaimana pula penanda arah / signage di sepanjang laluan
offroad....???? soalan saya ajukan pada rider-rider yang saya
temui.......boleh dikatakan kesemua rider berpuas hati dengan penanda
arah dan signage di laluan offroad yang telah kami lakukan.....jika
begitu ....ini menunjukkan yang kami memang mengambil berat dan teliti
didalam urusan isu penanda arah ini dan juga adalah amat mustahil jika
kami tidak menandakan penanda arah dengan ketelitian yang sama
disepanjang jalan-jalan road (jalan kampung) yang akan
dilalui........kami yang dipertanggungjawabkan didalam menyediakan trail
untuk jamboree ini juga dari golongan rider MTB dan kami semua
dibahagian teknikal memahami kehendak rider-rider didalam setiap
jamboree yang di sertai........tidak mungkin kami sanggup meng"sabotaj"
diri kami sendiri memandangkan kami merancang membuat 5 lagi event
dimasa yang akan datang.....mungkin tiada rezeki kami di Ipoh untuk
memberikan yang terbaik kepada rider-rider semua.... dengan segala
cabaran dan dugaan yang memang tidak kami duga dan begitu
berat......namun kami tempuhi juga sehingga keakhirnya untuk kami
jadikan teladan dan iktibar untuk memperbaiki kelemahan kami dan juga
untuk kami buktikan yang sebaliknya...namun kami tetap tidak akan
berhenti disini hanya kerana dengan apa yang berlaku ini bukannya dari
kelemahan maupun kesilapan kami setelah perancangan teliti telah kami
lakukan dari awal hingga keakhirnya.....tetapi apa yang berani kami
katakan disini segala yang terjadi ini adalah dari pihak yang tidak
bertanggungjawab......kami telah merancang dengan ketelitian yang pada
kami melebihi 100% dan bersungguh-sungguh......supaya perkara-perkara
sebegini tidak berlaku lagi.... namun ALLAH MAHA BERKUASA didalam
menentukan segalanya walaupun kami benar-benar kecewa dengan apa yang
terjadi keatas event kami semalam....namun jika kelemahan kami itu
datangnya dari segi pengurusan admin kami memohon berbanyak MAAF dan
berjanji akan memperbaiki kesilapan dan kekurangan kami dimasa
hadapan.....
Kepada rider-rider yang memahami dan berpuas hati dengan penjelasan kami
semalam... kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
pada anda semua....dan terima kasih dengan kata-kata semangat supaya
tidak luntur semangat asalkan memperbaiki kesilapan dan kekurangan dari
kami yang telah pun dikenalpasti...percayalah kami langsung tidak mahu
perkara sebegini berlaku kepada rider-rider semua oleh kerana
kebanyakkan kami yang terlibat secara langsung dari mula sampai
keakhirnya juga berlatarbelakangkan rider seperti anda semua....dan juga
pernah terlibat didalam penganjuran event jamboree......terutamanya
didalam pengurusan teknikal......
----- end of message -----
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment