Terima email pasal Kelab Sukan tah hapa-hapa dari HR.
Jawatan AJK semuanya menang tanpa bertanding dengan alasan tiada
pencalonan lain. Pencalonan pula hanya dibuat oleh kalangan pengurus
sahaja.
Aku rasa, aku jer la kot yang rasa, bukan orang lain .... sebenarnya
ramai yang layak dan boleh dicalonkan untuk jawatan AJK.
Demokrasi terpimpin sungguh. Dah ditetapkan siapa yang dikehendaki oleh
pengurus dalam committee tu.
Tapi tunjuk macam ada pengundian dilakukan oleh pekerja.
AJK dah tak boleh dipilih, semua menang tanpa bertanding.
Jadi kita tak boleh dah mengundi untuk AJK. Habis tu ... buat apa buat
undian pulak?
OK, undian cuma dibuat untuk jawatan Pengerusi, Naib Pengerusi dan
Setiausaha.
Calon-calon dicalonkan oleh pengurus jugak. Calon-calon pula, ada yang
tak mahu mereka diundi.
Adohai ... nih demokrasi ker, atau diktaktor, atau kuku-besi?
Aku rasa paling tepat ... committee boneka, yang telah dipilih dan
ditetapkan oleh pengurus.
Walaupun ada pengundian, sebenarnya sebagai pekerja, kami dipaksa terima
sahaja.
-------email dari HR---------
Pihak Sumber Manusia ingin menjalankan semula aktiviti sukan dan
rekreasi. Maklumat yang di lampirkan kan memberi anda idea tentang apa
yang kita mampu laksanakan. Ringkasnya, kita akan membentuk satu
jawatankuasa untuk menjalankan pertubuhan ini yang akan menguruskan
aktiviti sukan, rekreasi dan prihatin dalaman atau luaran.
Di kalangan pengurus telah mencalonkan beberapa pekerja untuk mewakili
anda. Undian sekarang dibuka untuk semua jawatan untuk anda memilih
wakil anda. Anda boleh cetak borang undi yang di lampirkan, membuat
undian anda dan masukkan ke dalam kotak undi yang di sediakan di pejabat
Sumber Manusia.
Undian akan di tutup pada 22hb Februari 2013, pukul 5.00 ptg.
Selamat mengundi.
-------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment