Semalam Danish Haiqal terlibat dalam Hari Keusahawan di sekolahnya. Dia buka gerai jual jam silicone pelbagai warna & alatan tulis.
Mama tolong supply getah pemadam, Abah pula supply jam tangan "gelang silicon anion" dan juga jam tangan "slap". Jam tangan gelang silicone tu cuma ada 6 sahaja, lebihan stock tahun lepas. Jam tangan tu hot selling item sebab Danish sendiri dah jual berpuluh-puluh jam nih kat sekolah dia. Danish pun dah terkenal sebagai penjual jam kat sekolah dia sampai cikgu-cikgu & Guru Besar sendiri pun beli jam tangan dari dia.
Jam tangan "slap" tu pula jam design terbaru. Ada satu unit contoh sahaja, sekejap jer jam tu dah berjaya dijual pada harga RM10. Ramai kawan-kawan dia mula tanya kalau ada stock lagi. Huh ... nampaknya Abah kena order stock lagi nih. Macam mana rupa jam "slap" tu? Rahsia ... mana boleh bagitahu rekaan produk terbaru nih, nanti banyak persaingan pulak. Insya-Allah saya akan update dalam kedai maya saya faizul.lot.my (kat situ dah ada jam anion kalau nak tengok macam mana rupa dia).
Danisa sendiri pun ada jual DIY key-chain kat kawan-kawan dia, tapi key-chain nih leceh sikit sebab kena custom print & masukkan gambar dalam blank keychain tu. Sekurang-kurangnya mereka mula belajar menjadi usahawan dengan menjual barang dan menyimpan keuntungan yang mereka dapat.
♥FHR♥
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment