Baru balik dari solat Jumaat di masjid Tanjung Api, Kuantan. Khutbah Jumaat hari nih berkisar mengenai kelebihan malam Lailatul Qadar.
10 malam terakhir adalah malam yang ditunggu tunggu oleh sekalian umat Islam yang menunaikan puasa kerana pada 10 malam terakhir ini, satu malam adalah malam yang penuh dengan keberkatan iaitu malam Lailatul Qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam para malaikat turun dengan membawa keberkatan dan kebaikan kepada umat yang beribadah. Sesiapa yang dapat kebaikan pada malam tersebut. Mereka adalah golongan yang paling beruntung.
Malam Lailatul Qadar ini berubah-ubah setiap tahun. Allah menyembunyikan malam ini untuk melihat sejauh mana ibadat hambanya dibulan Ramadhan dan supaya kita berlumba-lumba dan berusaha untuk mendapat keberkatan dan kelebihan malam Lailatul Qadar tersebut. Kita tidak dapat mengetahui bilakah malam Lailatul Qadar ini, sebagaimana kita tidak mengetahui bilakah ajal maut kita. Kita perlu bersedia dan sentiasa memohon agar kita bertemu malam Lailatul Qadar ini.
TANDA DAN ALAMAT
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.
HIKMAH
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatul Qadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatul Qadar.
Selamat beribadat disepuluh malam terakhir di bulan yang mulia ini.
♥FHR♥
Friday, August 10, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment