Friday, August 10, 2012

Lagu Raya

Bila Boss masuk office jer, terus pasang lagu raya terutamanya lagu
"Dendang Perantau" kat komputer nih, saja jer nak psycho Boss sikit
supaya bagi cuti raya. Macam kerja kat kilang Vietnam la pulak, masa
raya susah nak cuti. Apa-apa pun, raya tetap raya. Raya cuma setahun
sekali.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

Lirik lagu "Hai Selamat Hari Raya" nyanyian Sharifah Aini.
Hai selamat hari raya
Kami semua ucapkan
Menikmati hidangan
Yang kami sediakan

Sila jamu selera
Dengan bermacam hidangan
Pilih yang mana suka
Sila janganlah segan

Rasalah ketupat ini
Dengan rendangnya sekali
Sudilah rasa kuihku
Pilihlah yang mana satu

Hai... di hari begini
Kita menjamu selera
Kita bermaaf-maafan
Di suasana hari raya

No comments: