Alhamdulillah, tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku dalam perjalanan pergi & balik ke kampung halaman sempana cuti Hari Raya.
Jumaat 17-Ogos
Bertolak balik dari Kuantan ke Kelantan pukul 9.00mlm selepas berbuka, beli nasi minyak bungkus untuk berbuka. Sampai di Pasir Mas pukul 2.30pagi. Tiada orang kat rumah Tok Ma, jadi kami terus ke rumah nenek tak jauh dari rumah Tok Ma. Semua orang di rumah nenek untuk bersahur. Sempat ler tidur kejap sebelum bangun bersahur 4.30pagi. Ada gangguan makhluk ghaib pulak masa tu, sebab tu semua berkumpul kat rumah nenek.
Sabtu 18-Ogos
Balik kejap ke Pengkalan Chepa. Singgah ambik satay kat Kak Lah Satay dan singgah beli kek Lady Chocolate kat kedai kek Lotti. Round kat pasar ramadhan sebelah pusat beli-belah Pantai Timur dan beli ayam percik & siakap masak sweet-sour. Berbuka ngan Ma kat Pengkalan Chepa. Pukul 10mlm baru bertolak balik ke rumah wife di Pasir Mas. Jalan jammed terutama kat depan Wakaf Che Yeh sebab mungkin perantau membeli belah saat akhir.
Ahad 19-Ogos
Beraya di rumah mertua di Pasir Mas. Sebelah pagi, ziarah rumah Mak & Cik Nah, rumah Mak Som & rumah Maksu Ni. Sebelah petang ziarah keluarga di Lati, Pasir Mas.
Isnin 20-Ogos
Duduk rumah tunggu tetamu. Sebelah petang bertolak ke Pengkalan Chepa. Keluarga Mayo dari Penang pun sampai pada sebeleh petang.
Selasa 21-Ogos
Majlis pertunangan Kak Zan & Abg Arif di Kasar, Pasir Mas. Sebelah petang on the way balik, singgah kat rumah Ayah Wil & Mama Su di Taman Guru Pintu Geng. Sebelah malam main mercun.
Rabu 22-Ogos
Beraya di rumah Maksu Sah & Paksu Hashim di Pasir Hor. On the way balik, singgah kat rumah Mama Jah di Taman Sari.
Khamis 23-Ogos
Beraya di rumah Pok Soh di Rambutan Rendang/Cempaka. Lepas rumah Pok Soh, pergi pulak beraya kat rumah Mak Jah di Kg Banggol Kubur Besar, Jalan Pantai Cahaya Bulan. Sebelah malam, beli KFC kat airport and terjumpa Rashdan Super-Tot & family kat KFC. Pukul 10.00 malam bertolak semula untuk beraya di Pasir Mas.
Jumaat 24-Ogos
Rehat jer kat rumah.
Sabtu 25-Ogos
Tengahari pergi pasar Pasir Mas, beli barang sikit. Makan ABC & Mee Rebus yg popular kat pasar Pasir Mas tu. Sebelah petang, ziarah kubur arwah bapa mertua Ab Ghani @ Ya bin Abbas. Al-fatihah.
Ahad 26-Ogos
Bertolak balik ke Kuantan pukul 11.00 pagi dari Pasir Mas. Ikut laluan Pasir Mas-Peringat-Pasir Putih-Jertih-Setiu. Singgah sembahyang zohor dan makan tengahari di Setiu. Teruskan perjalanan dari Setiu-Batu 6 (Gemuruh) dan masuk ke Lebuhraya Pantai Timur dan keluar di Bukit Besi. Tafik dari Bukit Besi ke Cheneh masih OK, tapi dari Cheneh, kereta mula banyak dan berderet. Sampai di Indera Mahkota, Kuantan pukul 6.30petang. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang tak diingini berlaku.
♥FHR♥
Wednesday, August 29, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment